Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap bekas bintang Barcelona, Rafael Marquez, selepas dia didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah organisasi pengedaran dadah.
Pihak berkuasa AS mendakwa organisasi yang diterajui Raul Flores Hernandez itu mendapat sokongan daripada Marquez dan 20 individu lain bagi menjalankan aktiviti pengederan dadah dan pengubahan wang haram.
Siaran akhbar oleh pihak kerajaan menyatakan Marquez dan ahli muzik terkenal, Julion Alvarez, terlibat dalam operasi tersebut:"Kedua-dua indidivu ini mempunyai hubungan yang erat dengan Flores Hernandez dan pernah menjaga asetnya."
Di bawah syarat sekatan yang diumumkan hari ini, setiap aset Marquez yang berada di bawah bidang kuasa AS telah pun dibekukan.
Marquez, 38 tahun, merupakan kapten skuad kebangsaan Mexico dan ketika ini sedang beraksi dalam Liga Mexico bersama Atlas.
Dia pernah beraksi bersama AS Monaco dan Barcelona dari tahun 1999 sehingga 2010.
Marquez turut dikhabarkan bakal memimpina El Tri dalam aksi Piala Dunia tahun depan sebelum bersara.