Real Madrid melakukan perpindahan utamanya yang pertama sejak penghijrahan Cristiano Ronaldo apabila membawa masuk kembali Mariano Diaz daripada Olympique Lyon.
Mariano meninggalkan Madrid untuk ke Lyon setahun lalu menerusi perpindahan bernilai EUR8 juta (RM38 juta) tetapi kelab Ligue 1 itu bersetuju untuk melepaskan penyerang itu dengan harga sekitar EUR36 juta (RM173 juta).
Sevilla menunjukkan minat untuk mendapatkan Mariano tetapi usaha itu tersekat selepas Madrid berhasrat untuk mengaktifkan klausa pembelian semula buat pemain berusia 25 tahun itu.
Mariano telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Madrid dan akan diperkenalkan kepada peminat di Santiago Bernabeu, esok.
Semalam, Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, mendedahkan bahawa perpindahan Mariano ke Madrid akan diselesaikan tidak lama lagi.
"Mariano memberitahu kami akan hasrat untuk keluar dan tawaran Sevilla hadir tanpa diminta," kata Aulas.
"Usaha untuk mengekalkan pemain yang mahu berhijrah pasti akan menjadi satu persiapan buruk buat pasukan bagi mengharungi musim yang sempurna.
"Bersama Sevilla, kami telah mencapai persetujuan tetapi Madrid hadir dan memiliki pilihan untuk membeli. Kami tidak rasa mereka akan mengaktifkannya tetapi itu yang dilakukan pagi semalam."
Mariano meraih permulaan karier yang hebat di Perancis, menjaringkan 18 gol bagi saingan Ligue 1 musim 2017/18 tetapi gagal mencatat sebarang jaringan sejak April lalu.
Kehadiran Mariano pasti mengurangkan beban yang ditanggung Karim Benzema dan Gareth Bale susulan perpindahan mengejut Cristiano Ronaldo ke Juventus selepas kapten Portugal itu membantu Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut, Mei lalu.
Lyon mengesahkan minat mereka terhadap Moussa Dembele untuk dijadikan pengganti Mariano tetapi mereka berdepan saingan daripada Olympique Marseille untuk membawa masuk penggempur Celtic itu.
"Kami belum boleh mengumumkan pengganti Mariano. Kehadiran pemain itu dan penghijrahan Mariano akan mempunyai kaitan," tambah Aulas.
"Dembele adalah salah seorang sasaran tetapi saya mendapat tahu Marseille juga berminat. Adakah mereka akan berdepan usaha yang sukar berbanding kami? Ya.
"Kami menghubungi Dembele. Pemain itu berminat tetapi Celtic tidak akan melepaskannya dengan mudah. Kami juga mempunyai sasaran lain."