Skip to main content

Bola Sepak

Mariano lengkapkan ujian perubatan di Real Madrid

mariano-diaz.jpg
Mariano Diaz selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Real Madrid selepas bersetuju untuk kembali daripada Lyon.

Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun untuk menyertai semula Madrid yang menyaksikannya membuat lapan penampilan LaLiga pada 2017 sebelum menyertai pasukan Ligue 1 itu dengan harga €8 juta (RM38.4j) pada Jun 2017.

Madrid berada di pasaran untuk memperkasakan jentera serangan berikutan penjualan €100 juta (RM480.1j) Cristiano Ronaldo ke Juventus dan berminat untuk mempertaruhkan kudrat Mariano, yang menjaringkan 18 gol dalam 34 penampilan Ligue 1.

Laporan di media Sepanyol mencadangkan Mariano telah meminta untuk menyarung jersi nombor 7 yang ditinggalkan oleh Ronaldo dan pengesahan rasmi dijangka dibuat minggu ini.

 

Advertisement

Must Watch Video