Skip to main content

Bola Sepak

Mariano guna peluang sebaik mungkin

mariano.jpg
Pengendali Real Madrid, Julen Lopetegui, berkata Mariano Diaz menggunakan peluang menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya sejak kembali ke kelab itu.

Penyerang itu kembali ke Real selepas semusim bersama Ligue 1 di Lyon dan Lopetegui menjelaskan mengapa beliau merehatkan Mariano ketika pasukannya seri 1-1 dengan Athletic Bilbao dalam saingan LaLiga, Sabtu lalu.

Isco dan Gareth Bale meletakkan pasukan mendahului 2-0 ke atas Roma dalam aksi pembukaan Kumpulan G sebelum Mariano menggantikan bintang Wales itu ketika perlawanan berbaki 17 minit.

Mariano menggunakan peluang beraksi dengan menghasilkan jaringan bagi melengkapkan kemenangan di atas persembahan Real mendominasi permainan di Santiago Bernabeu.

"Mariano menggunakan peluang dengan sebaik mungkin," kata Lopetegui. 

"Saya mengambil kejayaan pasukan berdepan pesaing seperti Roma, yang mengatasi Barcelona untuk mara ke separuh akhir.

"Kami menyedari mereka akan memberikan kesukaran kepada kami tetapi pasukan telah menampilkan permainan yang cemerlang."

Luka Modric menyerlah di bahagian tengah dengan melakukan umpanan jaringan buat Bale.

Lopetegui memuji persembahan Modric, yang telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab Serie A, Inter, sebelum ini.

"Dia telah bermain dengan baik," katanya. "Modric hanya gagal menjaringkan gol.

"Secara keseluruhan, kami telah mempamerkan aksi yang memuaskan dan berhak meraih tiga mata."

Advertisement

Must Watch Video