Pep Guardiola berseloroh bahawa kini tiba masanya untuk melihat bagaimana Omar Marmoush mengendalikan pujian selepas menyerlah ketika membantu mereka mengaibkan Newcastle United.
Marmoush menjaringkan hatrik dalam tempoh 14 minit babak pertama untuk menghadiahkan Magpies kekalahan 0-4 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
James McAtee melengkapkan kemenangan City itu yang bakal mengharungi minggu yang getir tatkala perlu bersedia untuk berentap dengan Real Madrid dan Liverpool.
Daripada segi minit antara gol pertama dan ketiga, hatrik Marmoush adalah yang kedua terpantas oleh pemain City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Marmoush juga menjadi pemain kedua yang meledak hatrik untuk gol sulungnya dalam kancah liga bersama selepas Paulo Wanchope merekodkannya ke atas Sunderland pada Ogos 2000.
Guardiola kemudian memberitahu BBC Sport: "Kami tahu lambat laun dia akan menjaringkan gol, dia seorang yang mempunyai penyudah yang bagus.
"Sudah tentu, dia perlu meningkatkan prestasi tetapi kita perlu lihat bagaimana dia mengendalikan pujian."

A very happy @OmarMarmoush ?@okx ? pic.twitter.com/bZ8aFhRjUA
— Manchester City (@ManCity) February 15, 2025