Bekas pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin, melihat satu pengalaman berbeza meraih cabaran baru bersama Marcerra Kuantan FA di bawah jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria.
Semangat Daudsu belum pudar walaupun digugurkan Kelantan musim lalu dan bersyukur Marcerra membuka peluang bagi memastikanya terus bermain.
Pada usia 33 tahun, bekas pemain kebangsaan itu masih mampu menawarkan sesuatu, malah berharap menjadi sebahagian sejarah permulaan pasukan Liga Perdana itu.
"Sebagai pemain profesional, di mana kita bermain, di situ kita beri 100 peratus. Tamat di sana, kita bekerja di tempat lain, sama juga. Di mana langit dipijak, di situ langit dijunjung.
"Gabungan muka baru dan muka lama dan ditambah dengan sentuhan jurulatih, bagi saya ia satu gabungan menarik. Insya-Allah, kami akan buat yang terbaik," katanya.
Selain itu, Marcerra turut diperkuatkan dengan bekas pemain tengah JDT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Andre Francisco Williams Rocha da Silva atau lebih dikenali sebagai Andrezinho dari Brazil.
Cukup rindu suasana Liga Malaysia, dia gembira masih mempunyai kesempatan beraksi di negara ini.
Bukan sekadar mahu membalas kepercayaan jurulatih, dia melihat pasukannya memiliki potensi untuk membuat kejutan dalam Liga Perdana.
"Sebenarnya Marcerra adalah sebuah pasukan yang hebat. Orang tidak tahu lagi mengenai pasukan ini tetapi mereka akan tahu tidak lama lagi.
"Sudah tentu sejarah kecederaan di kelab saya dalam Liga Super, saya menjangkakan sesuatu. Tetapi ia tidak mengecawakan saya. Saya di sini sekarang. Saya, keluarga, rakan sepasukan dan jurulatih gembira saya di sini. Jadi, tiada masalah," katanya.