Penggantian Marcelo dalam kemenangan 4-1 Real Madrid ke atas Girona nyata mengejutkan pemain sayap kiri veteran itu, yang mengatakan dia tidak mempunyai masalah fizikal.
Jurulatih Madrid, Julen Lopetegui, mengeluarkan Marcelo selepas sejam, dengan pemain antarabangsa Brazil berusia 30 tahun itu digantikan dengan Raphael Varane dalam kemenangan LaLiga, awal pagi tadi.
Penggantian itu memeranjatkan Marcelo di Montivili apabila dia memberitahu pemberita selepas perlawanan: "Saya terkejut dengan penggantian itu tetapi saya menghormati keputusan jurulatih, saya mahu meneruskan kerana saya berasa 100 peratus (cergas).
"Kami berada di jalan yang betul dan saya pasti kami akan memperbaiki setiap perlawanan. Kami bermain dengan baik hari ini dan kami mendapat tiga mata."
Lopetegui juga ditanya mengenai penggantian itu dalam sidang media dan bekas bos Sepanyol itu berkata: "Kami mahu mengetatkan barisan bawah dan memberi tumpuan kepada kebaikan di udara, kawasan lawan sangat baik."
Pemenang Liga Juara-Juara, Madrid, bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan berturut-turut dalam permulaan musim LaLiga.
Borja Garcia memberi Girona satu kejutan pada minit ke-16 sebelum kapten Madrid, Sergio Ramos, menyamakan kedudukan daripada sepakan penalti 23 minit kemudian.
Dua gol daripada Karim Benzema dan Gareth Bale kemudian menyelesaikan kebangkitan semula Madrid.
"Kami berpuas hati dengan kemenangan ini kerana ia tiga mata penting bermain di luar," kata Benzema. "Kami akan terus bertahan dengan semangat yang sama. Kami berminat beraksi baik dalam LaLiga musim ini.
"Saya berada di sini selama 10 tahun dan sentiasa bekerja keras untuk pasukan ini. Saya berusaha untuk menjaringkan banyak gol dan membantu pasukan menjuarai piala.
"Bola sepak tidak semua tentang gol, tentang memenangi perlawanan dan bermain baik. Saya akan cuba menjaringkan banyak gol untuk membantu pasukan. "
Pemain Wales yang sedang dalam prestasi terbaik itu menambah: "Memulakan dengan baik adalah kunci dalam LaLiga dan kami gembira dengan kemenangan ke atas Girona. Kami tahu perlawanan berlangsung 90 minit, bukan 45, dan kami harus mengambil peluang kami. Itulah bola sepak.
"Saya bersedia membantu pasukan, kami bersatu, kami bekerja sama dan mahu memenangi setiap trofi yang mungkin. Saya mahu mengambil penalti tetapi jurulatih putuskan dan saya harus menghormati keputusannya."