Marcelo menegaskan dia akan bersara di Real Madrid selepas dikaitkan dengan perpindahan menyertai juara Serie A, Juventus.
Pemain kebangsaan Brazil, Marcelo, telah dilaporkan menjadi sasaran Juve, yang berjaya mendapatkan bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, ke Turin sebelum tamat jendela perpindahan lalu.
Marcelo menjelaskan mengenai masa depannya serta memberi jaminan kepada penyokong Real mengenai perancangannya untuk bersara di Santiago Bernabeu, di mana pemain berusia 30 tahun itu menjulang gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut dan empat secara keseluruhan sejak tiba dari Fluminense pada 2007.
"Saya gembira di Real. Ini adalah rumah saya dan kontrak saya masih panjang lagi," katanya.
"Saya sangat gembira di sini, Real adalah pasukan terbaik dunia dan saya sentiasa mahu beraksi untuk yang terbaik. Terdapat khabar angin mengenai masa depan saya sebelum ini dan saya mahu memberitahu bahawa saya akan terus memberikan yang terbaik untuk kelab terbaik dunia.
"Saya akan terus melakukan tugas saya. Membuktikan kebolehan saya setiap kali diturunkan. Saya mahu memastikan penyokong menikmati persembahan Real."