Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid, gembira pasukannya berjaya mengikat Perak 1-1 dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.
Keputusan itu dianggapnya satu kejayaan kerana lawan ditemui merupakan juara bertahan Piala Malaysia.
"Kami bertemu juara Piala Malaysia. Jadi, keputusan ini boleh dianggap baik.
"Saya gembira pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun terpaksa mengekang asakan pasukan tuan rumah sepanjang 90 minit permainan.
"Dalam separuh masa pertama, pemain nampak sedikit gemuruh mungkin kerana terlalu menghormati lawan tetapi ketika dalam bilik persalinan, saya beritahu mereka supaya bermain sebagai satu pasukan dan pastikan bermain dengan baik untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata," katanya.
Anak buahnya yang tertekan hebat melakukan satu detik magis untuk menyamakan kedudukan melalui Casagrande pada minit ke-63.
Dengan kejayaan itu, Manzoor optimis anak buahnya mampu melakar kemenangan ke atas Perak dalam pertemuan pusingan kedua Sabtu ini berdasarkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
"Untuk perlawanan selepas ini, mungkin akan ada pertukaran formasi dan ia bergantung kepada keadaan pemain.
"Kami ada kelebihan kerana bermain di tempat sendiri dan berpeluang untuk dapatkan tiga mata, sekali gus layak ke suku akhir," katanya.