Ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid, mendedahkan tindakan mereka berdiam diri berhubung isu pemotongan mata yang sebenarnya sudah maklum lebih awal adalah disebabkan mahu memberi fokus untuk misi skuad Harimau Kumbang layak ke saingan Piala Malaysia musim ini.
Keputusan penolakan enam mata terhadap Pulau Pinang mencetus rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong pasukan itu yang menganggap mereka dipermainkan.
Menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana lewat membuat pengumuman, pasukan itu bagaimanapun sudah mengetahuinya lebih awal.
Ia tidak dinafikan Manzoor apabila menegaskan tindakan itu dibuat kerana tidak mahu semangat pasukan itu terjejas dalam perlawanan terakhir bertemu PDRM FA, Sabtu lalu.
"Bukan tidak terkejut tetapi kami ada sasaran ke Piala Malaysia. Mengikut perkiraan sebelum aksi terakhir, kami akan gagal ke Piala Malaysia sekiranya tewas. Jadi, kami mahu pemain tampil dengan aksi terbaik untuk ke Piala Malaysia," katanya.
"Benar, kami berdiam diri untuk mengelak momentum pasukan terganggu."