Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Manuel Ott bakal lonjak kualiti pasukan Terengganu -- Steinbruckner

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manuel-ott-2024.jpg


Pengendali pasukan Terengganu, Tomislav Steinbruckner, menyifatkan kembalinya Manuel Ott bersama Terengganu FC bakal menambahkan kualiti serangan pasukan tersebut. 

Steinbruckner telah mengikuti perkembangan dan permainan Ott selama dua musim di Malaysia dan baginya, Ott adalah merupakan pemain tengah serangan yang berkualiti.

Dia berkata, “Saya telah mengikuti perkembangan Manuel Ott selama dua tahun. Apa yang saya boleh katakan, saya sememangnya menginginkan pemain tengah serangan sepertinya yang bukan sahaja boleh mencorakkan gaya permainan pasukan tetapi boleh juga memberikan ancaman kepada penjaga gol lawan kerana mempunyai kelebihan untuk melepaskan rembatan jarak jauh, pandai mencari ruang di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol. 

"Dengan kembalinya Manny bersama pasukan ini, saya yakin ia akan meningkatkan lagi kualiti pada setiap posisi pasukan Terengganu FC musim ini."

Advertisement

Must Watch Video