Jurulatih Selangor, P. Maniam, bersedia mempertaruhkan Amri Yahyah dan Andik Vermansyah untuk digandingkan bersama Francis Forkey Doe di jentera serangan dalam pertemuan Liga Super menentang Pahang, esok.
Kehadiran semula Amri dan Andik mencetus aura tersendiri buat skuad Merah Kuning dalam mengharungi kempen Liga Malaysia, termasuk dalam saingan Piala Malaysia.
Situasi itu membuatkan Maniam tidak teragak-agak untuk menurunkan Amri dan Andik dalam kesebelasan utama walaupun mereka baharu sahaja bersama pasukan.
Malah, dia begitu yakin Forkey Doe mampu membentuk gandingan mantap bersama mereka berdua dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata penuh bertemu skuad Tok Gajah.
“Kami boleh nampak banyak perubahan dari bahagian serangan, terutama selepas kehadiran Amri dan Andik,” jelasnya.
Selain itu, Maniam tidak menganggap kelebihan berpihak kepada Selangor biarpun lawan dihantui masalah keletihan selepas aksi final Piala FA, Sabtu lalu.
Sebaliknya, Maniam menjangkakan Pahang tetap akan turun habis-habisan dalam aksi di Stadium Selayang, terutama selepas kecewa ditewaskan Kedah dalam final berkenaan.
“Ia tidak akan mudah. Mereka tewas dalam final dan pastinya mereka akan tampil dengan aksi lebih baik,” kata Maniam.
“Oleh itu, kami akan cuba untuk tidak dibolosi serta menjaringkan seberapa banyak gol yang mampu,” katanya.