Jurulatih skuad B-15 negara, P. Maniam, tidak menghadapi kesukaran menjelang aksi jemputan antarabangsa di Hong Kong sebagai persediaan Piala AFF dan kelayakan Kejohanan AFC B-15 tahun merujuk kepada kredibiliti barisan pemain yang ada.
Ini merupakan kem latihan kebangsaan pertama sebaik Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berada di bawah kendalian penuh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Bagaimanapun, itu tidak bermaksud Maniam perlu memulakan segala-galanya dari bawah kerana skuad itu merupakan skuad yang sama sejak tahun lalu.
Dengan melabelkan lima hingga enam pemain memiliki kualiti tersendiri, Maniam hanya perlu memperkemas ketajaman corak permainan terutama melibatkan jentera serangan.
"Kami sudah beraksi dalam lapan perlawanan. Mereka sudah mula memahami sistem permainan dan perkara yang perlu diperbaiki adalah kekuatan fizikal dan taktikal yang telah ditetapkan," katanya.
Hanya kegusaran Maniam terarah kepada saiz fizikal pemain yang bertubuh kecil, namun hal itu bukan masalah utama buat pengendali berkenaan.
"Kami akan cuba memberikan semangat kepada mereka di atas padang ketika beraksi nanti. Kami mahu memastikan pemain-pemain dapat menampilkan permainan bebas tekanan."