Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Mangsa meraung kesakitan, sambutan kejayaan Liverpool bertukar tragis, ratusan dilanggar kereta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool.jpg
Beberapa orang telah tercedera selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong Liverpool yang sedang meraikan kejayaan menerusi perarakan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), di tengah bandar.

Insiden mengejutkan berlaku sejurus selepas jam 6 petang di Water Street, ketika ribuan peminat memenuhi jalanan untuk meraikan musim kejayaan The Reds.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian dalam beberapa minit, dengan kehadiran ramai pegawai keselataman.

 

Menurut saksi orang ramai, tidak dipastikan dari mana dan mengapa insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba.

Seorang lelaki berusia 52 tahun telah ditahan atas kesalahan membawa kenderaan secara melulu sehingga melanggar orang ramai selepas mengerumuni kereta itu dan memaksa individu tersebut untuk keluar.

Beberapa orang dilaporkan cedera, dengan ada yang harus mendapatkan rawatan di hospital.

Kenderaan itu memecut laju membelok ke kanan kemudian ke kiri, melintasi jalan dan menghentam orang ramai termasuk wanita dan bayi.

Dalam beberapa saat, pemandu itu diseret daripada tempat duduknya sebelum polis campur tangan.

"Doa kami bersama mereka yang terjejas dengan insiden tersebut.

 

"Kami akan menawarkan sokongan penuh dan sedia membantu pihak siasatan menangani isu ini," kata Liverpool dalam satu kenyataan.

Advertisement

Must Watch Video