Sadio Mane digesa agar tidak panik di sebalik penyerang Liverpool itu mengakui bahawa dia sedang menemupuhi musim terburuk dalam kariernya.
Pemain antarabangsa Senegal itu telah melakar 13 gol musim ini, sembilan daripadanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara penyudahnya ketika berdepan Southampton hujung minggu lalu merupakan gol liga ketiganya di Anfield sepanjang kempen 2020-21.
Tahap itu nyata sangat berbeza dengannya musim lalu yang menyaksikan penyerang itu menyumbat 18 gol bagi menghadiahkan trofi liga buat The Reds.
Pemain berusia 29 tahun itu bergelut untuk mengatasi kemelutnya, termasuk mendapatkan nasihat perubatan bagi mengenal pasti apakah ia berpunca daripada masalah fizikal.
"Ini adalah musim terburuk dalam karier saya. Saya harus mengakuinya," katanya kepada Canal Plus.
"Sekiranya anda bertanya kepada saya apa yang silapnya, saya sendiri bergelut untuk menjawabnya. Secara peribadi, saya tidak tahu.
"Saya sentiasa berusaha untuk bersikap positif, sama ada keadaan berjalan lancar atau buruk. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri. Saya juga menjalani ujian kesihatan untuk mengkajinya. Adakah saya makan makanan yang tepat atau segalanya telah berubah? Tetapi daripada keputusan ujian kesihatan itu, semuanya didapati baik-baik saja.
"Saya perlu akur bahawa dalam hidup ini ada pasang surutnya. Saya akan terus bekerja keras -- mungkin keadaan ini akan berlalu tepat pada waktunya."

Bekas ketua jurulatih Senegal dari 2013 hingga 2015, Alain Giresse, berpendapat sebahagian punca masalahnya ialah kerana pasukan kendalian Jurgen Klopp itu adalah kerana mereka cemerlang dalam dua musim sebelumnya.
"Liverpool sering mempamerkan aksi di tinggi selama bertahun-tahun jadi semakin sukar untuk mengekalkan tahapnya, katanya kepada Stats Perform.
"Mereka menguasai Eropah dan Inggeris. Untuk terus berada di puncak pada tahap ini sangat rumit. Sesuatu akhirnya terhakis dan mereka terperangkap.
"Saya masih berhubung dengan Sadio dan saya memberitahunya supaya tidak panik walaupun jelas bahawa dia perlu bekerja keras.
"Contohnya, Monaco yang mencatat 12 rentetan kemenangan dan apabila mereka tewas dalam perlawanan ke-13 di Strasbourg, pengurusnya berkata ia sudah dijangkakan."