Skip to main content

Bola Sepak

Mane sasar kembali ke final Liga Juara-Juara

sadiomane-cropped_mhsbsaxwlmja1uakcvdebzbpw.jpg
Sadio Mane berpendapat tiada sebab untuk Liverpool tidak mampu kembali ke final Liga Juara-Juara Eropah musim ini bagi mendapatkan trofi berprestij itu.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu melangkah ke final di Kiev musim lalu, hanya untuk menyaksikan bintang utama, Mohamed Salah, mengalami masalah kecederaan bahu, sebelum skuad The Reds tewas 3-1 di tangan Real Madrid.

Mane menjaringkan gol dalam babak kedua untuk menghidupkan peluang dalam aksi tersebut dan menjelang undian peringkat kumpulan malam ini, pemain skuad kebangsaan Senegal itu berasa pengalaman yang diraih musim lalu mampu membantu pasukannya.

"Ia memberi petanda besar buat kami. Satu bonus tatkala kami dapat belajar dan meraih pengalaman sebegitu dalam final," katanya.

"Kami telah beraksi dalam perlawanan besar dan tahu bagaimana ia berlaku. Kini, kami harus mengulangi usaha yang sama dan pengalaman lalu akan membantu kami.

"Masih terlalu awal untuk bercakap tentangnya tetapi itulah sebab kami sentiasa berusaha untuk memastikan segala perkara dapat dilakukan.

"Kami memiliki kualiti dan segala-galanya untuk melangkah jauh, jadi kenapa tidak untuk mengulanginya?"

Advertisement

Must Watch Video