Skip to main content

Bola Sepak

Mane, Klopp beri Liverpool anugerah berganda

sadio-mane.jpg
Sadio Mane dinamakan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris bagi bulan Mac dan Anugerah Pengurus Terbaik turut disandang Liverpool dengan Jurgen Klopp meraih anugerah keduanya itu buat musim ini.

Seamus Coleman, Andrew Robertson, Bernardo Silva, Jamie Vardy dan James Ward-Prowse turut tercalon dalam kategori pemain terbaik, namun Mane kekal sebagai pilihan utama selepas menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan.

Dengan Mohamed Salah sedang dirundung kemerosotan prestasi, Mane bangkit untuk membantu Klopp meneruskan persaingan merebut kejuaraan liga dengan Manchester City.

"Ia merupakan bulan terbaik buat saya dan pasukan," kata Mane dalam laman web rasmi Liga Perdana.

"Impian setiap pemain adalah menjadi semakin baik dalam setiap musim dan saya gembira buat masa ini, namun saya pasti saya boleh menjadi lebih baik.

"Semua yang berada dalam pasukan ini, kelab ini dan penyokong sedang bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana, jadi kami akan melakukannya bersama-sama."

Pep Guardiola turut tercalon dalam kategori pengurus, namun Klopp mengetepikan pengendali City itu menerusi rekod tanpa kalah Liverpool sepanjang bulan lalu.

Pengurus Southampton,  Ralph Hasenhuttl, Brendan Rodgers (Leicester City) dan Marco Silva (Everton) turut menjadi sebahagian pengurus yang disenarai pendek.

Advertisement

Must Watch Video