Skip to main content

Bola Sepak

Mane bagaikan sebuah mesin, puji Klopp

mane-s.jpg
ASTON VILLA 1 LIVERPOOL 2

Jurgen Klopp menyifatkan Sadio Mane sebagai "sebuah mesin" selepas penyerang Senegal itu mengekalkan harapan Liverpool untuk menjulang kejuaraan apabila muncul wira dalam kemenangan 2-1 di Aston Villa, awal pagi tadi. 


Liverpool menyasarkan untuk bangkit daripada kekecewaan tercicir mata apabila diikat 1-1 dengan Tottenham, hujung minggu lalu, hingga membuka laluan kepada Manchester City berkelebihan tiga gol di puncak.

The Reds makin terancam untuk melihat City terus melebarkan penguasaan mereka sebaik Douglas Luiz meletakkan Villa di depan pada minit ketiga pertembungan di Villa Park itu.

Joel Matip dengan pantas memulihkan kedudukan permainan sebelum gol Mane menjadi pemisah selepas sejam permainan apabila menyambut hantaran lintang Luis Diaz dengan satu tandukan yang mengelirukan.

Ia adalah gol Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-15 buatnya musim ini untuk purata jaringan bagi setiap 182.3 minit, sekali gus menjadikan Liverpool sebagai pasukan kedua dalam sejarah EPL yang mempunyai tiga pemain (Mane, Diogo Jota dan Mohamed Salah) yang mencapai angka sedemikian dalam tempoh semusim.





Tetapi bagi Klopp, ia lebih daripada sekadar gol yang mengagumkan. Tiada pemain di atas padang yang terlibat dalam perebutan bola lebih kerap berbanding Mane (16), lantas pengurusnya itu menghamburkan pujian terhadap usaha menyeluruh penggempur tersebut.  

“Dia bagaikan sebuah mesin, itu yang saya beritahunya selepas perlawanan,” katanya kepada Sky Sports. 

"Dia seorang pemain yang hebat. Fizikalnya kejam.

"Dia memiliki gabungan teknik, keinginan dan fizikal jadi tatkala kaki semua orang mula terasa berat, anda pula tidak akan melihatnya letih. 

"Ia satu jaringan yang menakjubkan, dia seorang pemain yang hebat dan bertaraf dunia."

Advertisement

Must Watch Video