Skip to main content

Bola Sepak

Mancini: Euro 2020 keutamaan Itali

roberto-mancini.jpg
Roberto Mancini tidak bimbang dengan penyingkiran daripada Liga Negara-Negara UEFA kerana Itali memberikan tumpuan untuk saingan kelayakan Euro 2020 yang bermula tahun depan.

Bekas pengendali Manchester City, Mancini, hanya menang sekali daripada enam aksi sejak mengambil alih pasukan.

Meraih satu mata daripada dua aksi bertemu Poland dan Portugal meletakkan The Azzurri di tangga tercorot Kumpulan A4 dan memiliki risiko untuk turun ke Liga B.

Mancini enggan memberi penekanan kepada keputusan semasa, sebaliknya menegaskan beliau memberikan tumpuan untuk membina semula semangat Itali yang terlepas saingan Piala Dunia.

"Perjalanan ini bermula pada Mei lalu. Objektif utama adalah membuat persiapan untuk Euro 2020," kata Mancini.

"Ketika kami bermula, sasarannya adalah membina pasukan dan berusaha untuk mendapatkan keputusan positif dalam Liga Negara-Negara tetapi mustahil untuk membentuk pasukan baru dalam lima perlawanan.

"Sasaran utama kami adalah layak ke Euro 2020. Saingan Liga Negara-Negara ini membenarkan kami untuk menilai persembahan pasukan."

Kapten serta pertahanan pasukan, Giorgio Chiellini, bersetuju dengan Mancini apabila menganggap perlawanan berdepan Poland sebagai medan pasukan menguji strategi serta taktikal baru.

"Ia bukan aksi final ataupun play-off. Ia adalah peluang untuk pasukan terus berkembang menuju Euro 2020," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video