Erik ten Hag teruja dengan prospek jangka panjang Rasmus Hojlund di Manchester United dan yakin mereka mampu menyerap masalah kepincangan di jentera serangan berikutan kecederaan yang melanda muka baru itu pada minggu pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24.
Walaupun dikaitkan dengan kapten England, Harry Kane, The Red Devils memutuskan untuk mengikat pemain berbakat berusia 20 tahun itu daripada Atalanta.
Pemain depan itu sedang menghadapi masalah belakang dan bakal terlepas perlawanan pembukaan EPL menentang Wolves, awal pagi esok, termasuk beberapa perlawanan lagi tetapi Ten Hag yakin mereka akan menangani senario berkenaan.
Antony Martial belum beraksi untuk sebarang seminit dalam kempen pra-musim lalu tetapi kepulangannya tampak mampu menampung ketiadaan Hojlund, namun Ten Hag selaku pengurus beranggapan profil kedua-dua penyerang itu berbeza dan amat ditagih untuk United.
"Itulah sebabnya kami memilih Rasmus Hojlund," kata pengurus tersebut mengenai kesesuaian tonggak baru berkenaan dalam kancah EPL.
“Dia mempunyai potensi -- fizikal, kelajuan, perwatakan, dahagakan dan keazaman untuk gol.
“Ia betul-betul sesuai termasuk daripada segi umurnya, jadi kami cukup yakin bahawa kami menemui seorang penyerang yang tepat.
“Tetapi dia memerlukan masa, masa untuk berintegrasi dan dia juga terlepas persiapan kami musim ini sejak awal. Jadi prosesnya sedikit terbantut."

One. More. Sleep.#MUFC || #PL pic.twitter.com/6gWJV9D6Dq
— Manchester United (@ManUtd) August 13, 2023