Erik ten Hag menagih sokongan padu di Old Trafford dalam usaha mengembalikan musim mereka ke landasan yang sebenar.
Manchester United akan bertindak sebagai tuan rumah kepada Aston Villa pada awal pagi ini -- tiga hari selepas tewas 0-2 di West Ham dalam perlawanan pertama mereka sejak Sir Jim Ratcliffe diumumkan telah membeli 25 peratus kepentingan kelab berkenaan.
Ia merupakan kekalahan ke-13 The Hammers dalam 26 perlawanan musim ini dan kekalahan ke-20 sepanjang 2023, sekali gus menjadi mimpi terburuk mereka dalam sejak 1989.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengkritik suasana lesu di Anfield ketika menyingkirkan The Hammers dalam Piala Liga Inggeris (EFL) minggu lalu, lantas Ten Hag sedar dia perlu sokongan padu di Old Trafford untuk melonjakkan semangat juang mereka.
“Saya pasti mereka sangat kecewa dengan kami dan kami perlu membetulkan keadaan ini dan melakukan perkara yang berbeza,” kata pengurus United itu.
“Kami sentiasa menghargai penyokong kami.
"Dengan segala rintangan musim ini, mereka sentiasa berada di belakang kami dan kami amat menghargainya.
"Sudah tentu kami memerlukan sebarang bentuk bantuan tetapi yang utamanya ialah saya dan pasukan perlu melaksanakannya.”
Shaiful Shamsudin
Tue Dec 26 2023