Manchester United bersetuju dengan kesepakatan awal untuk menandatangani pemain tengah, Casemiro, daripada Real Madrid dengan yuran perpindahan yang dilaporkan sekitar £60 juta (RM317.7 juta).
Pemain kebangsaan Brazil itu dijangka akan menjadi pemain keempat ditandatangani United dalam jendela perpindahan kali ini selepas Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan Lisandro Martinez.
Casemiro, yang masih memiliki kontrak berbaki tiga tahun di Madrid, dapat memberikan aksi berkualiti melalui pengalamannya buat bahagian tengah pasukan bimbingan Eric ten Hag itu berdasarkan lebih 300 penampilan sepanjang memenangi sembilan trofi di Stantiago Bernabeu.
Bahkan, pemain berusia 30 tahun itu memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Los Blancos selain empat gelaran LaLiga dan tiga kejuaraan Piala Dunia Kelab.

We are delighted to have reached an agreement in principle for the transfer of @Casemiro ??#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) August 19, 2022