Legenda Ajax, Sjaak Swart, berharap kelab itu akan mengekalkan barisan pemain muda tetapi berasakan kapten pasukan, Davy Klaassen, sudah bersedia untuk menyertai Manchester United.
Skuad kendalian Peter Bosz mungkin terlepas peluang untuk menjuarai gelaran Eredivisie kepada Feyenoord tetapi mempamerkan aksi memberangsangkan di pentas Eropah apabila mara ke final Liga Europa (UEL).
Pemain berusia 24 tahun itu semakin hampir berada di tahap kemuncaknya dan terdapat laporan yang menyatakan pemain tersebut bakal meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.
Kontrak Klaassen bakal berakhir pada 2019 dan dia menegaskan tidak berminat untuk menyertai Napoli.
Dan Swart, pemenang tiga kali Piala Eropah bersama Ajax sekitar 70-an, berasakan pemain tengah itu perlu memilih kelab yang benar-benar sesuai dengan permainannya.
"Klaassen hanya akan berhijrah jika menemui kelab yang benar-benar secocok dengan jiwanya," kata Swart.
"Saya berasakan dia adalah pemain yang bernilai EURO25 juta.
"Saya tidak berpendapat Itali adalah destinasi yang sesuai. Sukar untuk beraksi dalam Serie A.
"Saya mahu melihat Klaassen bermain di England dan Jerman.
"Dia boleh bermain untuk Arsenal dan Liverpool. Buat masa ini, dia akan berjaya jika menyertai Manchester United."
Ajax memiliki rekod yang boleh dibanggakan untuk membentuk bakat di dalam akademi mereka, dan beraksi di pentas final UEL akan menarik perhatian ramai pada jendela perpindahan yang bakal dibuka tidak lama lagi.
"Semua pemain muda akan kekal bersama Ajax.
"Mungkin Kenny Tete akan berhijrah, dia adalah seorang bek kanan yang berkualiti."