Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City mampu dicederakan, kata Simeone

simeone.jpg
Diego Simeone memuji corak permainan yang diketengahkan Manchester City tetapi Atletico Madrid berikrar untuk mencederakan pasukan kendalian Pep Guardiola itu dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL). 

Atleti mengatasi Manchester United dengan agregat 2-1 dalam pusingan 16 sementara City menewaskan Sporting dengan bergaya, lantas Simeone menuntut anak buahnya agar merentap ego tuan rumah itu tanpa rasa gentar, awal pagi esok. 

"Kami semua berdepan tekanan, saya tidak tahu sama ada tekanan adalah perkataan yang tepat," katanya apabila ditanya adakah City merupakan pasukan pilihan untuk memenangi UCL.

“Kami semua menghadapinya tetapi tidak syak lagi City mempunyai pemain yang luar biasa dan saya pasti mereka mempunyai pemain yang lebih baik daripada kami.

"Semua kelab dalam kelompok lapan terakhir mahu memenangi kejohanan ini. Terdapat saingan hebat dalam semua perlawanan kalah mati dan saya harap kami boleh menang.

"Ada dua perlawanan untuk ditempuhi. City dan Bayern adalah pilihan kerana mereka mempunyai lebih ramai pilihan di dalam skuad mereka tetapi tahun lalu tidak ramai yang menjangkakan Chelsea akan menang; mereka menjadi lebih baik dan beraksi dengan baik."







Guardiola berseloroh bahawa dia terlalu memikirkan untuk mengambil pendekatan berbeza berbanding apa yang diramalkan Simeone, tetapi pengurus Atleti itu tidak berminat untuk melanjutkan perang saraf di antara mereka. 

“Sama sekali tidak, City dan Atletico mempunyai skuad hebat yang sangat kompetitif dengan kehadiran pemain yang bagus-bagus dan ciri-ciri berbeza,” katanya. 

"Mereka mempunyai banyak personaliti. Esok adalah perlawanan untuk pemain bola sepak, kami sebagai pengurus akan cuba membantu mereka dan kami akan melakukan perkara yang sama. 

"Sekali lagi saya mahu katakan, saya gemar menonton permainan City."

Advertisement

Must Watch Video