Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City jadi pilihan pertahan gelaran, kata Jesus

gabriel-jesus.jpg
Gabriel Jesus percaya Manchester City adalah pilihan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti, malam tadi.

City mempersiapkan diri menghadapi kempen musim baru dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea hasil gol berganda Sergio Aguero di Wembley.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu menjuarai liga dengan jurang 19 mata daripada pasukan tetangga, Manchester United, musim lalu.

Dan bintang Brazil, Jesus, yang baru menandatangani lanjutan kontrak lima tahun, memperakui kedudukan City selaku pasukan pilihan untuk menjuarai liga buat musim kedua berturut-turut.

"(Manchester City) boleh dianggap pilihan kerana kami adalah pasukan juara bertahan,” Jesus memberitahu wartawan.

"Tapi  kami tidak boleh hanya mencapai ini di atas padang, kami perlu fokus terhadap musim ini. Pasukan-pasukan lain juga bertambah kuat, ia akan menjadi sukar buat semua pasukan.

“Buat kami, adalah satu perkara logik bahawa pasukan-pasukan yang akan menentang kami, akan bermain berdepan juara bertahan, dan mereka akan lebih bersemangat untuk mengalahkan kami.

"Kami perlu melakukan apa yang kami buat musim lalu dan mengingati perkara-perkara baik yang kami lakukan dan juga perkara-perkara yang malangnya tidak menjadi buat kami, belajar daripadanya dan menjadikan musim ini lebih baik.”

City akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan menentang Arsenal di Stadium Emirates, Ahad ini.
 

Advertisement

Must Watch Video