Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City belum pasti situasi Erling Haaland jumpa Arsenal

haaland.jpg
Pep Guardiola tidak pasti mengenai tahap kecederaan Erling Haaland menjelang pertembungan getir Manchester City dengan Arsenal.

City kembali ke landasan kemenangan apabila menundukkan Aston Villa 3-1 di Stadium Etihad, awal pagi tadi. 

Dengan Arsenal tercicir mata ketika menentang Brentford hujung minggu lalu, kemenangan di Stadium Emirates awal pagi Khamis ini akan menyaksikan The Citizens memintas seteru dari London itu untuk menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL), walaupun The Gunners masih mempunyai satu perlawanan di dalam tangan.

Namun, status Haaland untuk perlawanan itu samar-samar selepas penyerang tersebut -- yang mencipta gerakan yang disempurnakan Ilkay Gundogan untuk gol kedua City -- terpaksa dikeluarkan selepas rehat. 

“Saya tidak tahu, dia mengalami pelanggaran yang kuat, dia berasa tidak selesa,” kata pengurus tersebut kepada Sky Sports selepas mengendalikan perlawanan EPL ke-250 itu.





"Di kedudukan 3-0, kami tidak mahu mengambil risiko besar. 

"Kami akan menilai keadaannya pada hari-hari berikutnya.

 

"Jika dia tidak bersedia, kami akan turunkannya dalam perlawanan seterusnya. 

"Harapnya dia sudah bersedia sebagaimana semua yang lain. Kami akan lihat bagaimana keadaannya nanti."

Advertisement

Must Watch Video