Tinggal kurang empat hari sahaja lagi sebelum sepak mula perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini.
Merisaukan, kerana jumlah tiket terjual setakat hari ini, hanyalah 21,005 keping.
Seperti semua sedia maklum, peminat bola sepak tempatan khasnya, ini merupakan aksi penting melibatkan Kumpulan F, dengan kedua-dua pasukan berkongsi tiga mata selepas perlawanan pertama.
Kalau menang, kelebihan besar kepada pasukan yang berjaya untuk layak ke pusingan akhir di Arab Saudi nanti.
Rumah keramat Harimau Malaya mempunyai kapasiti sekitar 87,000 tempat duduk, jadi digalakkan untuk rakyat Malaysia hadir 'support' pasukan kebangsaan.
Come on guys! Kalau nak dibezakan dengan kehadiran penyokong semasa perlawanan antara Manchester United lawan ASEAN All-Stars pada 28 Mei lalu, jauh perbezaannya. Sejumlah 72, 550 penonton hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Itu belum lagi kalau kita bezakan pula harga tiket untuk kedua-dua perlawanan ini. Jom la meriahkan stadium, saya pasti suara rakyat Malaysia ni 'power', tapi kali ini jom kita gunakan di stadium - kasi gegar Stadium Nasional Bukit Jalil!
Dengan pengumuman pemain-pemain Malaysian Abroad, takkan anda semua nak terlepas aksi kali ni.
Dapatkan tiket anda di sini!

INFO TIKET MALAYSIA ?️ VIETNAM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 5, 2025
Ayuh penyokong Harimau Malaya, kita penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025 bagi perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
▶️ Dapatkan tiket sekarang di https://t.co/gpQA3lA2da#FAM #HarimauMalaya #ACQ2027 pic.twitter.com/1SwUEZP6Bl
Rumah keramat Harimau Malaya mempunyai kapasiti sekitar 87,000 tempat duduk, jadi digalakkan untuk rakyat Malaysia hadir 'support' pasukan kebangsaan.
Come on guys! Kalau nak dibezakan dengan kehadiran penyokong semasa perlawanan antara Manchester United lawan ASEAN All-Stars pada 28 Mei lalu, jauh perbezaannya. Sejumlah 72, 550 penonton hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
5️⃣ hari lagi menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia ?? ?️ ?? Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 5, 2025
Ayuh penyokong Harimau Malaya, dapatkan tiket sekarang di https://t.co/gpQA3lA2da#FAM #HarimauMalaya #ACQ2027 pic.twitter.com/PGFsI3SQks