Kelibat ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris, menjadi tanda tanya apabila tidak mengendalikan latihan selepas tamat aksi Liga Perdana menentang UiTM, Sabtu lalu.
Selepas tamat saingan Liga Perdana, skuad Negeri Sembilan memulakan latihan semalam yang dikendalikan oleh penolong jurulatih, Zaki Sheikh Ahmad, dalam mempersiapkan pasukan menghadapi Piala Malaysia.
Skuad Hobin Jang Hobin itu hampir menempah slot ke Liga Super musim depan, namun hasrat itu terpaksa dilupakan apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam aksi terakhir di Stadium UiTM, Shah Alam.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Negeri Sembilan (PBNS), Satwant Singh, sukar memberi pengesahan mengenai kedudukan Mat Zan ketika ini.
"Buat masa ini, tiada makluman dapat diberikan dan jika ia telah diputuskan, kami akan membuat pengumuman," katanya.
Negeri Sembilan kerap berada dalam kelompok empat pasukan terbaik di pertengahan musim, namun kegagalan mengekalkan aksi konsisten menyaksikan skuad Jang itu menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ketujuh.