Skip to main content

Bola Sepak

Man Utd dapatkan khidmat Weghorst secara pinjaman ganti Ronaldo

wout-weghorst_rnd0axvznpf11jljfy6ez5pfz.jpg
Manchester United telah mendapatkan khidmat penyerang Belanda, Wout Weghorst, secara pinjaman daripada Burnley sehingga akhir musim ini.

Weghorst beraksi bersama Besiktas sebagai pemain pinjaman, tetapi United menjadi destinasi berikutnya.

Erik ten Hag berada dalam pasaran untuk mendapatkan penyerang baharu berikutan kelab melepaskan khidmat Cristiano Ronaldo, apabila kontraknya ditamatkan pada November selepas dia mengkritik pengurus dan kelab itu dalam temu bual bersama Piers Morgan.

Pengendali United itu terbuka tentang keinginannya untuk membawa masuk pemain baru bagi memperkuatkan jentera serangan dan seolah-olah mengesahkan minat kelab terhadap Weghorst apabila mengakui Anthony Martial tidak dapat menangani tuntutan fizikal sebagai penyerang tunggal mereka.

Weghorst mengejutkan ramai pihak memandangkan pemain berusia 30 tahun itu memiliki kurang impak -- dia menjaringkan dua gol dalam 20 perlawanan liga utama -- bersama Burnley dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Tetapi dia telah menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan Liga Turki musim ini dan menjaringkan dua gol untuk Belanda dalam penampilan menentang Argentina di Piala Dunia.

<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">It&#39;s official: Wout Weghorst is a Red! ✍️?<a href="https://twitter.com/hashtag/MUFC?src=hash&amp;ref_src=twsrc%5Etfw">#MUFC</a></p>&mdash; Manchester United (@ManUtd) <a href="https://twitter.com/ManUtd/status/1614004357791469569?ref_src=twsrc%5Etfw">January 13, 2023</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

“Saya berasa bertuah kerana dapat menyertai Manchester United,” kata Weghorst. “Saya pernah bermain menentang kelab itu sebelum ini dan ia adalah perasaan yang hebat untuk kini berpeluang menyarung jersi merah terkenal itu.

“Saya telah melihat peningkatan United di bawah kendalian Erik ten Hag musim ini dan tidak sabar untuk mula memainkan peranan saya dalam mendorong pasukan ke arah matlamatnya.

“Apa pun yang berlaku dalam beberapa bulan akan datang, saya boleh berjanji untuk memberikan segala-galanya kepada kelab selagi saya berada di sini.

"Saya berterima kasih kepada semua orang yang telah memainkan peranan dalam membawa saya ke peringkat ini, dan kini saya tidak sabar-sabar untuk bertemu rakan sepasukan baru saya."

Advertisement

Must Watch Video