Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney, berpuas hati apabila anak buahnya mencatat keputusan 2-2 dengan Selangor United dalam aksi persahabatan di Padang Wisma FAM, hari ini.
Kedua-dua pasukan bekerja keras memburu jaringan sejak awal permainan, namun masing-masing gagal memanfaatkan peluang sepanjang babak pertama dalam perlawanan dengan format tiga babak itu -- 30 minit setiap satu babak .
Memasuki babak kedua, Selangor United terlebih dahulu di depan hasil jaringan Diniz Irwan pada minit ke-34.
Selang beberapa minit, pasukan pelawat mensia-siakan peluang terhidang apabila Diniz gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Skuad kendalian Maloney itu, bagaimanapun, bangkit dalam babak terakhir apabila Luqman Hakim Shamsudin menyamakan kedudukan pada minit ke-73.
Dua minit sebelum tamat perlawanan, skuad B-18 negara mendahului menerusi jaringan Atiq Mat Zahid, namun Raslam Khan Rashid kembali mengikat kedudukan buat Selangor United seminit kemudian.
"Keputusan itu tidak menggusarkan saya kerana apa yang penting ialah prestasi setiap pemain.
"Ia skuad campuran dan seperti yang anda sedia maklum, kami mempunyai kumpulan pemain yang besar.
"Satu kumpulan lagi akan beraksi esok," kata Maloney.