Skip to main content

Bola Sepak

Maldini sandang jawatan pengarah di Milan

maldini.jpg
Pemegang rekod penampilan AC Milan, Paolo Maldini, kembali ke San Siro setelah dilantik sebagai pengarah strategi sukan dan pengarah pembangunan.

Maldini -- yang hanya mewakili sebuah kelab sepanjang kariernya -- membuat 902 penampilan sepanjang 24 tahun mewakili Rossoneri dengan memenangi lima Kejohanan Piala Eropah/Liga Juara-Juara serta tujuh gelaran Serie A.

Beliau bersara pada 2009 dan menolak jawatan di belakang tadbir dua tahun lalu ekoran kebimbangan mengenai peranannya, begitupun Maldini sudah bersedia menyahut jawatan di kelab yang kini dimiliki oleh Elliott Management itu. 

Pengerusi Eksekutif Milan, Paolo Scaroni, dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi Milan berkata: "Terdapat beberapa perkara untuk menggambarkan makna yang diwakili Paolo Maldini kepada AC Milan.

"Ia merupakan sesuatu yang istimewa dapat menyaksikannya sebagai pemain, memenangi trofi yang tidak terkira bilangannya di atas padang, dan saya teruja kerana adalah menjadi satu penghormatan untuk bekerja di sampingnya dalam peranan terbaru ini.

"Kepimpinan dan pengalaman Paolo akan memberi kelebihan kepada kelab, seperti mana keghairahan dan tenaganya. Pelantikannya merupakan satu lagi tanda komitmen Elliott untuk membina landasan kukuh demi kejayaan jangka masa panjang.

"Ia bukan mudah dan ia akan memerlukan masa, namun kami mempunyai objektif yang bercita-cita tinggi dan pelantikan Paolo adalah langkah penting untuk mengembalikan AC Milan di mana ia sepatutnya berada."

Advertisement

Must Watch Video