Skip to main content

Bola Sepak

Maldini: Modric sempurna tapi Milan tidak mahu bintang Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luka-modric.jpg
Paolo Maldini menegaskan AC Milan tidak akan mengemukakan tawaran buat Luka Modric menjelang musim baru ini walaupun mengakui pemain Real Madrid itu amat sempurna di San Siro.

Modric dijangkakan akan kekal di Madrid, pasukan yang disertainya sejak 2012, namun pemain berusia 33 tahun itu pernah dikaitkan dengan Inter Milan tahun lalu sebelum kembali dikaitkan dengan seterunya, Milan, sejak beberapa bulan ini.

Maldini menyedari pemain tengah itu memiliki gabungan pengalaman dan bakat, namun berkata tiada sebarang perbincangan untuk mendapatkan pemenang Ballon d'Or 2018 itu.

"Kami tidak pernah berbincang untuk mendapatkan Modric, namun kami telah bercakap kepada (jurulatih, Marco) Giampaolo bahawa kelab ini sedang mencari pemain muda berbakat dan beberapa pemain berpengalaman," kata pengarah teknikal Rossoneri itu dalam sidang media.

"Perkembangan pemain muda bergantung kepada kehadiran pemain berpengalaman.

"Modric pemain yang sempurna untuk berada di sini, namun kami tidak pernah berbincang mengenainya," katanya.

Maldini bekata demikian ketika di samping Rade Krunic dan Theo Hernandez, yang diperkenalkan sebagai pemain baru Milan, awal pagi tadi.

Hernandez -- pemain pertahanan kiri, yang juga posisi kegemaran Maldini sewaktu bergelar pemain -- amat gembira untuk menyertrai Milan. 

"Ia satu penghormatan untuk berada di sini dan duduk di sebelah Maldini.

"Dia sentiasa pertahanan sayap terbaik dunia.

"Kami bertemu di Ibiza di mana dia memberikan kata-kata yang sangat indah dan ikhlas kepada saya.

"Sejak itu, saya mempunyai keinginan untuk menyertai Milan.

"Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dan pada akhirnya saya berjaya," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video