Skip to main content

Bola Sepak

Maldini: Donnaruma bakat istimewa

180517donnaruma.jpg
Bekas kapten AC Milan, Paolo Maldini, menyifatkan bakat istimewa seperti penjaga gol, Gianluigi Donnaruma, adalah sesuatu yang hanya wujud dalam setiap 20 tahun.

Donnaruma mengesahkan tempatnya selaku pilihan pertama di gawang AC Milan ketika berusia 16 tahun pada musim lalu. Sejak itu, dia terus mengukuhkan tempatnya dan tampil sebagai salah satu bakat hebat dalam bola sepak Eropah.

Kini, Donnaruma mula dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuk Manchester City dan Manchester United, walaupun konsortium dari China telah mengambil alih pemilikan kelab dan dikhabarkan akan menawarkan kontrak baru buat penjaga gol muda itu.

Pemenang tujuh kali Serie A dan lima Piala Eropah, Maldini, berkata bakat Donnaruma mula dikenal pasti sejak berusia 12 tahun.

"Pemain seperti Donnaruma hanya lahir sekali dalam 20 tahun," katanya.

Dalam pada itu, Maldini turut mengesahkan menerima tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG), namun dia menolaknya. 

Maldini sebelum ini pernah menolak tawaran untuk kembali ke Milan.

"Saya tidak tahu mengapa saya tidak mahu kembali ke Milan. Saya hampir kembali ketika era Silvio Berlusconi (bekas presiden) dan juga pemilik baru," jelas Maldini.

"Saya bercakap dengan pemilik kelab tetapi banyak perkara yang meragukan."

"Selain itu, saya juga beberapa kali berbincang dengan Nasser (presiden PSG) dan hadir ke beberapa perlawanan, namun tidak dapat mencapai kata sepakat," katanya.

Maldini menjelaskan dia boleh bekerja dengan mana-mana kelab asalkan ia bukan kelab Itali. 

Baginya, tidak mungkin dia dapat bersama kelab Itali lain selepas segala apa yang dilaluinya bersama AC Milan suatu ketika dahulu.

Advertisement

Must Watch Video