Skip to main content

Bola Sepak

Malcom mahu tinggalkan Bordeaux

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

5218malcom.jpg
Malcom bersetuju untuk kekal bersama Bordeaux hingga penghujung musim ini walaupun mahu meninggalkan kelab itu selepas terdapat laporan yang mengaitkan pemain itu dengan
Arsenal dan Tottenham.


Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dalam saingan Ligue 1 dan dilihat sebagai prospek paling menyerlah dalam saingan bola sepak Eropah.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Spurs dan Arsenal dijangkakan menandatangani pemain kelahiran Brazil itu bulan lalu.

Dan Malcom mengesahkan keinginannya untuk berpindah ke England sebelum dipujuk untuk kekal di Bordeaux.

"Sejujurnya, saya mahu berpindah," kata Malcom. "Ia adalah impian saya untuk meningkatkan lagi persembahan saya.

"Saya telah berbincang dengan presiden (Stephane Martin), beliau memberitahu kepada saya bahawa kelab masih memerlukan khidmat saya.

"Saya akan terus bersama kelab hingga penghujung musim, Saya akan cuba yang terbaik untuk memastikan Bordeaux dalam kelompok enam pasukan terbaik Ligue 1."
 

Advertisement

Must Watch Video