Malaysian University FT yang dijadualkan untuk menjadi tuan rumah aksi pertama tersebut walaubagaimanapun terpaksa untuk memohon untuk bermain di SSI atas sebab ketidaksesuaian stadium yang dimiliki mereka pada ketika ini untuk menjadi hos perlawanan tersebut.
Menurut pengurus pasukan mereka, Mohd Farid Dewan berkata perbincangan telah dilakukan bersama pihak pasukan JDT sejurus mereka layak ke pusingan suku akhir.
"Kita ada berbincang dengan pihak pengurusan JDT selepas pusingan 16 tempoh hari, dan pada mulanya memang kita memohon untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim sebab kita tiada stadium di sini" ujarnya.
“Kita adalah pasukan amatur jadi venue kita kebanyakannya di universiti. Jadi kita memang tiada venue yang sesuai dan memohon serta hantar surat kepada JDT supaya mereka dapat bantu untuk bermain di SSI" tambah beliau.
“Syukur surat yang kita hantar telah dibalas oleh JDT dan mereka berlapang dada untuk bagi kita guna stadium mereka secara percuma dan ada juga beberapa benda lain yang JDT sanggup untuk bantu kita termasuklah dari segi tenaga kerja dan juga kos keselamatan."