Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Malaysia tambah wakil andai Kuala Lumpur City muncul juara Piala AFC 2022

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuala-lumpur-city.jpg
Kuala Lumpur City berpeluang kekal beraksi di pentas Asia musim depan meskipun gagal menamatkan saingan Liga Super di kedudukan tiga teratas musim ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, mengesahkan juara Piala AFC akan meraih slot pusingan awal Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Skuad Warga Kota akan berentap dengan kelab Oman, Al Seeb, dalam perebutan gelaran Sabtu depan tatkala mereka sekadar menduduki kelompok pertengahan Liga Malaysia (Liga-M).

"Berdasarkan peraturan pertandingan, 'dia' (Kuala Lumpur City) akan dimasukkan dalam pusingan awal (ACL), iaitu sebelum peringkat play-off dan kumpulan. 




"Disebabkan Malaysia berada di tangga enam pasukan teratas, maknanya mereka akan simpan slot Piala AFC juga, tidak akan diganti.

"Jadi ini satu peluang baiklah," katanya ketika ditemui Astro Arena di Pejabat AFC, Bukit Jalil, hari ini. 

Ini bermakna, Malaysia berpotensi mempunyai empat wakil dalam dua saingan Asia selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan tempat dalam ACL musim depan selaku juara Liga Super musim ini.

Dalam masa sama, naib juara Liga Super dan pemenang Piala Malaysia atau tempat ketiga Liga Super akan membawa cabaran negara dalam saingan Piala AFC musim depan.

 

Advertisement

Must Watch Video