Bekas kapten skuad hoki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, bimbang peluang Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan terjejas jika kelemahan penjaga gol dan gerakan menghadapi pukulan sudut penalti lawan tidak diperbaiki menjelang pusingan play-off ke temasya itu, November depan.
Dua kelemahan utama itu perlu diperbaiki dalam tempoh enam bulan.
Ketiadaan penjaga gol utama, S. Kumar, menyaksikan gawang Malaysia bolos sebanyak 13 kali sepanjang enam perlawanan dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Bukit Jalil, yang berakhir kelmarin.
Secara purata, Malaysia bolos dua gol dalam setiap perlawanan.
Penjaga gol negara, Hairi Abdul Rahman dan Hafizuddin Othman, masih belum mencapai kualiti yang diperlukan untuk kejohanan peringkat tertinggi dengan beberapa kali melepaskan gol mudah.
Malaysia juga berdepan masalah ketika menghadapi pukulan sudut penalti lawan.
Pemain seperti Marhan Abdul Jalil, Nik Aiman Nik Rozemi dan Norsyafiq Sumantri perlu mengkaji semula corak bertahan mereka.
"Apabila Kumar cedera dan Hairi dan Hafizuddin dipilih sebagai pengganti, saya berasakan kedua-dua penjaga gol itu masih belum berada di tahap untuk beraksi dalam perlawanan play-off ke Sukan Olimpik.
"Jadi, mereka perlu memperbaiki prestasi mereka.
"Selain itu, cara bertahan ketika menghadapi pukulan sudut penalti juga amat penting kerana dalam perlawanan play-off, ia amat rapat dan mereka akan memperoleh jaringan daripada gerakan itu.
"Saya berasakan beberapa kelemahan perlu diperbaiki, tidak kira sama ada daripada segi menyerang atau bertahan.
"Sebarang kesilapan akan membuatkan kita tidak layak ke Sukan Olimpik," katanya
Pemain negara juga kelihatan belum cukup selesa dengan taktikal ketua jurulatih, Roelant Otlmans.
Pemain kerap kehilangan arah, terutama sewaktu perubahan formasi daripada 4-3-3 kepada 3-2-3-2.
Malaysia dijangka akan menentang sama ada New Zealand, Great Britain, Ireland atau Kanada dalam perlawanan playoff ke Sukan Olimpik.
Jika kelemahan itu dapat diatasi dan memperoleh sedikit tuah dalam undian, The Malaysian Hockey Tigers berpeluang untuk menamatkan kemarau 20 tahun ke temasya itu.