Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia destinasi Perhimpunan Bola Sepak Asia

perhimpunan-bola-sepak.jpg
Malaysia muncul negara Asia pertama menjadi penganjur bagi Perhimpunan Bola Sepak Asia selepas Sepanyol yang muncul selaku penganjur bagi tahun ketiga berturut-turut sebelum ini.

Perhimpunan kali ini melibatkan keberkesanan industri bola sepak, pengetahuan dan pengurusan pasukan dalam pelbagai aspek.

Sudah pasti ia mampu membuka mata semua pihak, terutama melibatkan kelab dan persatuan di dalam Malaysia, kerana sesi bertukar pendapat dan idea antara perkara utama yang akan menjadi tumpuan.

"Mereka akan berada di sini selama dua hari, justeru mereka akan akses segala perkara yang berkaitan. Kehadiran mereka akan memberikan impak besar kerana segalanya boleh diselesaikan dalam tempoh dua hari. 

"Ia satu perhimpunan yang berteraskan urus niaga.  

"Bola sepak Malaysia pasti akan terkejut kerana banyak syarikat baru di sini yang berteraskan sukan memerlukan pelantar," kata Ketua Pegawai Perhimpunan Bola Sepak Asia Dunia, Mohan Rajaratnam.

Penyertaan bagi perhimpunan itu melibatkan 50 negara yang turut menghimpunkan 70 kelab bola sepak di seluruh dunia.

Penyertaan badan gabungan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sudah pasti mampu membuka mata semua pihak selepas beberapa isu melibatkan pengurusan sering mewarnai Liga Malaysia (Liga-M).

"Ini kali pertama edisi Asia diadakan kerana sebelum ini ia diadakan di Madrid.

"Kami menyasarkan perhimpunan ini akan diadakan secara tahunan di Kuala Lumpur. 

"Untuk merealisasikannya, kami membawa lebih daripada 70 pegawai dari serata dunia untuk bersama-sama kami di Kuala Lumpur sempena perhimpunan selama dua hari ini ," kata Pengarah Perhimpunan Bola Sepak Dunia, Jan Alessie.
 

Advertisement

Must Watch Video