Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia B-19 peroleh kemenangan positif

malaysia-b19.jpg
Malaysia B-19 melakar kemenangan positif ketika bertemu Kemboja B-19 apabila perlawanan latihan (tertutup) menyaksikan mereka melakar kemenangan 4-2 di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya B-19 kendalian Juan Torres Garrido dalam persiapan akhir menjelang Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, 17 hingga 29 Julai ini.

Turun bertemu skuad Kemboja, Malaysia merekodkan kemenangan positif sekaligus membawa keyakinan menjelang saingan di Indonesia nanti.

Gol Malaysia terhasil menerusi Danish Hakimi Sahaludin, Arami Wafiy Zakimi, Amir Farhan Fuzi, dan Izzat Syahir Zulishan sementara Phoeuk Thatthai dan Uk Devin menyumbat gol saguhati buat Kemboja.

Advertisement

Must Watch Video