INTER 4 MILAN 2
Antonio Conte mengakui Inter hampir dibelasah sebelum mereka bangkit daripada ketinggalan dua jaringan untuk mengatasi Milan 4-2 dalam aksi 'Derby della Madonnina' dan mengungguli takhta Serie A.
Jaringan daripada Ante Rebic dan Zlatan Ibrahimovic membenarkan Milan mendahului dua gol dalam separuh masa pertama tetapi dua jaringan pantas Marcelo Brozovic dan Matias Vecino menyamakan kedudukan dalam tempoh lapan minit perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua.
Stefan de Vrij meletakkan Inter di depan sebelum Romelu Lukaku melengkapkan kemenangan yang tidak boleh dilupakan buat The Nerazzurri dalam masa kecederaan dan Conte memberikan pujian sepenuhnya kepada pasukannya yang bangkit untuk meraih kemenangan.
"Semestinya ia adalah malam yang istimewa," kata Conte kepada Sky Sport Italia. "Separuh masa pertama menyaksikan kami bergelut, mungkin lebih daripada apa yang pernah kami hadapan sepanjang musim ini dan terdapat risiko kami hampir dibelasah dalam perlawanan ini.
"Sebaliknya, kami berjaya menyamakan kedudukan, memahami sudut yang perlu diperbaiki dan yakin dengan kemampuan pasukan. Pujian patut diberikan kepada setiap pemain Inter.
"Selain daripada keputusan, saya sangat gembira menyaksikan mereka berjaya menahan emosi dan bangkit, ia bermakna mereka sudah bersedia untuk sesuatu yang penting.
"Masih awal untuk membincangkan mengenai kejuaraan tetapi kami kini boleh mula untuk bermimpi. Kami boleh bermimpi."
Di sebalik transformasi persembahan yang dipamerkan Inter, Conte enggan mengulas panjang mengenai perbincangannya bersama pasukan ketika rehat separuh masa dan mengakui bertanggungjawab di atas persembahan mengecewakan pada 45 minit pertama.
Inter akan berdepan Napoli dalam aksi separuh akhir pertama Coppa Italia, Rabu ini, sebelum berdepan pencabar takhta liga, Lazio, dalam Serie A, Ahad ini.
"Ia bakal menjadi tempoh yang sangat getir buat kami. Saya berasakan kami boleh memperoleh idea mengenai potensi serta kemampuan sebenar Inter.
"Kami tidak boleh meraih segala-galanya daripada hari pertama dan seterusnya tetapi kami masih lagi sedang membina. Pemain-pemain telah membuktikan kemampuan dan keberanian dalam perlawanan ini.
"Saya tidak banyak bercakap ketika separuh masa. Saya berasakan dalam situasi sukar, anda perlu jelas dan bertanggungjawab. Saya mengambil tanggungjawab ketika pasukan sedang ketinggalan 2-0 pada separuh masa.
"Kami kekal bersama, daripada permulaan hingga tamat permainan dan berjaya mencari jalan dalam situasi sukar. Kami perlu sentiasa mengingati perlawanan ini kerana ia akan membentuk masa depan pasukan ketika menghadapi situasi yang sama."
Editor: Ammar Hakim

? | THIS GROUP
— Inter (@Inter_en) February 9, 2020
Look at how much it means.#InterMilan #DerbyMilano#FORZAINTER ⚫️? pic.twitter.com/qaELN4dAx9