Skip to main content

Bola Sepak

Mahrez: Gagal jaringkan sepakan penalti perkara biasa

mahrez.jpg
LIVERPOOL 0 MANCHESTER CITY 0

Pemain tengah Manchester City, Riyad Mahrez, meneruskan rekod buruk sepakan penalti dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebaik gagal menyempurnakan peluang pada minit-minit terakhir perlawanan untuk pertemuan dengan Liverpool di Anfield berkesudahan seri tanpa jaringan, malam tadi.


City kembali menerajui liga hasil kelebihan jaringan, namun Mahrez terlepas peluang keemasan buat pasukannya meraih tiga mata.

Selepas Leroy Sane dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Virgil van Dijk, Mahrez diberi kepercayaan mengambil sepakan tersebut meskipun ditentang Gabriel Jesus.

Namun, bekas bintang Leicester City itu merembat tinggi melepasi palang gol, sekali gus menjadi sepakan penati kelima yang gagal di sempurnakannya dalam saingan Liga Perdana.

Mahrez, bagaimanapun, berkata dia akan melupakan perkara tersebut walaupun Manchester City masih gagal mencari kemenangan liga pertama di Anfield sejak tahun 2003.

"Rekod saya baik dalam Liga Juara-Juara Eropah tetapi tidak dalam Liga Perdana," katanya.

"Saya perlu memandang ke hadapan dan melupakannya. Inilah kehiudpan dalam bola sepak.

"Ia tidak akan mengganggu saya. Semua orang pernah gagal dalam sepakan penalti, termasuk bintang dunia.

"Sudah pasti saya mahu menjaringkannya untuk membantu kemenangan pasukan. Saya memilih untuk menyepak ke tengah, namun bola itu melambung tinggi.

"Ia sebahagian daripada bola sepak. Adakala menang, adakala kalah. 

"Apa yang lebih penting adalah kami beraksi dengan baik dan kami sepatutnya menang. Namun, tidak tewas juga adalah mencukupi," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video