Wayne Rooney berpandangan Harry Maguire adalah pilihan tepat buat Manchester United jika mereka berjaya menandatanganinya daripada Leicester City.
Maguire dilaporkan sebagai sasaran United dan juga Manchester City tetapi The Foxes berkata pertahanan kebangsaan England itu bernilai GBP80 juta (RM401 juta).
Brendan Rodgers mengesahkan Leicester telah menolak dua bidaan terhadap pemain itu yang terlepas sesi latihan Isnin lalu.
Rakan sepasukannya, James Maddison, berseloroh ketiadaan rakan sepasukannya itu berpunca kerana mengalami sakit perut.
United perlu memperkuatkan barisan pertahanan selepas Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Eric Bailly bakal direhatkan sehingga lima bulan selepas menjalani pembedahan lutut.
Laporan dari Sepanyol turut mencadangkan United berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti, tetapi penjaring terbanyak sepanjang zaman United, Rooney, menyokong usaha The Red Devils untuk membawa Maguire ke Old Trafford.
"Saya berasakan Maguire adalah pemain yang berkualiti dan dia telah menampilkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu," kata Rooney kepada ESPN FC.
"Bukan hanya pemain penting kepada Leicester City tetapi juga untuk England. Saya berasakan United perlu mendapatkannya."
Ketika Maguire mungkin tiba ke Old Trafford sebelum jendela perpindahan berakhir 8 Ogos ini, Paul Pogba terus dikaitkan bakal meninggalkan United.
Ejen Pogba, Mino Raiola, mengesahkan bulan ini dia telah berusaha mendapatkan tawaran untuk pemain tengah itu, yang menjadi sasaran buat Real Madrid dan Juventus.
"Segalanya terpulang kepada kelab, ahli lembaga, pengurus, tetapi juga kepada pemain itu.
"Jika Pogba mahu kekal, dia akan kekal dan membuktikan kebolehannya."