Skip to main content

Bola Sepak

Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harrymaguire.jpg
Harry Maguire didapati bersalah melakukan serangan serius, mengelak daripada ditahan dan mencuba untuk melakukan rasuah dalam satu perbicaraan di Greece.

Kapten Manchester United itu bersama dua tertuduh lain menjalani perbicaraan di Kepulauan Syros semalam selepas terlibat dalam satu insiden pergelutan dengan pihak polis ketika bercuti di Mynokos.

Maguire, yang melalui dua malam di dalam tahanan, menafikan dakwaan itu tetapi disabitkan ke atas kesemua tuduhan itu oleh tiga ahli perbicaraan mahkamah berkenaan.

United mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa Maguire akan mengemukakan rayuan berkenaan sabitan itu.

Pemain berusia 27 tahun berkenaan pada awalnya disenaraikan dalam skuad England untuk berdepan Iceland dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bulan depan tetapi keadaan terbaru itu sudah pasti membuatkan pengurus skuad Three Lions berkenaan, Gareth Southgate, mengubah pendiriannya.

"Pada ketika ini, anda hanya boleh membuat keputusan berdasarkan fakta yang anda tahu," kata Southgate sebelum keputusan perbicaraan itu diumumkan.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemain itu. Harry sentiasa mempunyai perwatakan yang cemerlang bersama kami.

"Saya tiada alasan untuk tidak mempercayai apa yang dikatakannya.

"Adalah penting untuk dia mengetahui bahawa dia memiliki sokongan saya buat masa ini," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video