Skip to main content

Bola Sepak

'Magis' Theerathon Bunmathan jawapan kepada pertahanan kiri Selangor -- Asmawi Bakiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jpgtopngconverter-com-(14).jpg
Kejayaan negara jiran, Thailand, mengikat Oman seri tanpa jaringan memberi sinar bahawa Asia Tenggara juga mempunyai bakat terbaik dalam arena bola sepak dunia.

Salah satu nama yang menyerlah dalam perlawanan itu adalah Theerathon Bunmathan yang raih 100 kaps antarabangsa bersama Thailand, dia juga berjaya mengetuai negaranya dalam kemenangan 2-0 ke atas Kyrgystan tempohari.


 

Legenda bola sepak negara, Asmawi Bakiri menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kapten Thailand itu. 

Asmawi yang juga bekas pemain Selangor membayangkan bahawa Theerathon mampu menjadi jawapan kepada masalah pertahanan kiri yang dibelenggu Gergasi Merah sejak sekian lama.

"Pemain berkaki kiri ini sangat bijak, ramai pemain terbaik dunia mempunyai kebolehan kaki kiri.

"Jika Selangor berpeluang untuk dapatkan Theerathon, itu jawapan terbaik kepada masalah pertahanan kiri, bonus buat mereka juga apabila kapten Thailand itu mampu bermain di pelbagai posisi.

"Seperti semua peminat tahu, posisi itu (pertahanan kiri) ibarat sumpahan dalam pasukan Selangor kerana setiap musim asyik tidak jadi. Mungkin sumpahan itu dapat dihentikan dengan kehadiran 'superstar' seperti Theerathon," katanya kepada Stadium Astro.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video