Skip to main content

Bola Sepak

Magis Dollah kembalikan kegembiraan Sri Pahang

pahang.jpg
Sentuhan Dato' Dollah Salleh dan Fandi Ahmad terus membuahkan hasil buat Sri Pahang FC capabila melakarkan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Kali ini dua jaringan Stefen Rodrigues membolehkan Sri Pahang menewaskan Kedah Darul Aman 2-0 di Stadium Darulmakmur semalam.

Sejak menggantikan Christophe Gamel selaku jurulatih sementara sambil dibantu Fandi yang dilantik sebagai penasihat teknikal, Dollah kini sudah mencipta dua kemenangan dan satu kekalahan dalam tiga perlawanan.

Kekalahan tunggal adalah dalam saingan Piala FA, tetapi dalam Liga Super, Sri Pahang melakarkan kemenangan kedua-dua berturut.

Ia jelas sekali menghadirkan senyuman pada jurulatih dengan disiplin dan semangat yang ditunjukkan anak buahnya.

"Saya boleh berkatakan kami telah mula bermain dengan baik namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Disiplin sepanjang 90 minit amat penting dan ia ditunjukkan dalam perlawanan ini," kata Dollah.

Dalam perlawanan menentang Kedah, Sri Pahang beraksi penuh berdisiplin dan meledakkan gol pertama menarik jaringan cantik Rodrigues yang menyongket bola melepasi jangkauan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim, pada minit ke-31.

Kelebihan Sri Pahang itu bertahan hingga separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Sri Pahang terus mengasak gawang kedah berhasil mendapatkan gol kedua juga oleh Rodrigues yang menolak bola masuk selepas percubaan Manuel Hildago ditampan Ifwat.
 

Advertisement

Must Watch Video