Skip to main content

Bola Sepak

Madrid terburuk? Ini cara kami menang -- Ramos balas kecaman Pique

sergioramos-cropped_1sy69a763rjtp1ah4d6f1yqtf7.jpg
Sergio Ramos membalas kecaman Gerard Pique terhadap Real Madrid, berkata dia mahu menang dalam setiap pertemuan El Clasico dengan cara persembahan buruk yang didakwa pertahanan Barcelona itu.

Vinicius Junior dan Mariano Diaz meledakkan gol untuk membolehkan Los Blancos naik ke tangga teratas LaLiga susulan kemenangan 2-0.

Namun, prestasi skuad kendalian Zinedine Zidane itu tampak tidak membuatkan Pique teruja dan dia menyifatkan persembahan Madrid dalam babak pertama merupakan yang terburuk pernah dihadapi di Santiago Bernabeu.

Namun, kapten Los Blancos, Ramos, berkata dia gembira jika itu cara untuk memenangi setiap El Clasico.

"Semua orang mempunyai pendapat yang perlu dihormati. Saya sedia untuk memenangi setiap pertemuan Clasico dengan cara sebegitu," katanya.

"Pendekatannya berbeza. Dalam babak pertama, kami membiarkan bola sebelum mengubahnya selepas rehat.

"Mereka tidak begitu segar dan kami mula mencipta peluang."

Tatkala saingan LaLiga berbaki 12 perlawanan, Real kini memiliki kelebihan satu mata berbanding seteru utama itu sambil hanya mencatat dua kekalahan musim ini.

Teruja dengan kelebihan yang dimiliki, Ramos menggesa rakan sepasukannya agar kekal fokus sehingga penghujung kempen.

"Tidak mengapa. Selepas keputusan yang diraih, mencatat kemenangan di laman sendiri serta menundukkan Barca," tambahnya.

"Ia satu peluang unik yang kami tentukan. Ia tiga mata penting tetapi perjalanan masih jauh.

"Kami harus berpijak di bumi yang nyata."

Advertisement

Must Watch Video