Real Madrid mengesahkan bahawa pemain pertahanan mereka, Dani Carvajal, mengalami kecederaan hamstring dalam kemenangan 3-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, semalam.
Carvajal terpaksa dikeluarkan dalam masa kecederaan babak pertama di Santiago Bernabeu dan pemeriksaan susulan mendapati dia mengalami kecederaan hamstring kanan tahap kedua.
Madrid belum memaklumkan tempoh dia akan direhatkan, namun pemain kebangsaan Sepanyol itu berdepan kemungkinan tidak dapat diturunkan lagi bagi baki musim ini, dengan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu menyasarkan untuk menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara.
Aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff pada awal bulan depan merupakan kemungkinan utama untuk Carvajal membuat kemunculan semula.
Pemain berusia 25 tahun itu telah membuat 40 kemunculan bersama gergasi Sepanyol itu musim ini.