Real Madrid mengesahkan Marco Asensio mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut dalam pertembungan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2019 dengan Arsenal, semalam.
Asensio mencetak gol sebagai pemain gantian dalam babak kedua ketika Madrid memenangi penentuan penalti di Stadium FedExField, Amerika Syarikat, tetapi aksinya di lapangan hanya bertahan selama 20 minit sebelum dia terpaksa diusung keluar.
Dia kemudian dibawa ke hospital sambil pengurus, Zinedine Zidane, melabel kecederaannya itu sebagai membimbangkan dan kegusaran itu disahkan sebaik doktor mendedahkan tahap kecederaan lutut yang dideritai Asensio.
Lantas, kelab itu mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan bahawa pemain tersebut telah mengalami kerosakan di ligamen dan meniskus luar bahagian lutut kirinya.
Asensio akan menjalani pembedahan dalam sedikit masa lagi dan bakal berehat lama yang boleh menjejaskan perancangan Madrid dalam pasaran perpindahan selain mungkin menyekat prospek pinjaman Dani Ceballos ke Arsenal.
Masa depan Gareth Bale juga masih kabur dan situasi itu mungkin mengundang Zidane untuk mengkaji keadaaannya susulan kecederaan yang menimpa Asensio.
Meskipun Bale menjaringkan gol ke atas Arsenal, Zidane berkata tiada apa-apa perubahan mengenai masa depan pemain Wales itu yang sebelum ini ingin dilepaskan kelab.