Bekas jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel, berasa tidak dihargai dengan cara Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) merehatkannya daripada mengendalikan pasukan, kelmarin.
Selepas melewati kepayahan membawa pasukan ke saingan Liga Super tahun lalu, siapa sangka kudrat yang dikerah Maciel hanya dipandang sepi oleh KLFA.
Hakikatnya, itulah yang diterima Maciel sebaik keputusan KLFA merehatkannya daripada sebarang urusan skuad Warga Kota itu, terutama untuk saingan Piala Malaysia ketika ini.
"Saya berasa agak tidak dihormati. Tetapi apa yang kerap saya lakukan, pergi ke negeri lain untuk menyaksikan perlawanan dan mengumpul data yang tidak dibuat kelab.
"Semalam saya bermesyuarat dengan mereka, saya beritahu mereka agar tidak perlu melakukan perkara itu. Mereka hanya memberitahu saya, kamu bukan jurulatih lagi.
"Saingan masih berlangsung, saya hormati keputusan mereka, kita harus hormati," kata Maciel.
Kontrak Maciel masih lagi berbaki tiga bulan, namun hingga ke saat ini, tiada sebarang rundingan atau perbincangan lebih terperinci daripada pihak KLFA sendiri.
Tegas Maciel, istilah merehatkan bukan istilah tepat sekalipun dia faham apa yang dimaksudkan KLFA ketika ini dan tidak menaruh harapan untuk kembali diterima ke dalam pasukan dalam tempoh tertentu.
"Dalam hidup saya, saya tidak pernah dengar 'merehatkan jurulatih'. Mereka tidak mahu mengatakannya.
"Ia bermaksud mereka harus mematuhi kontrak di mana saya masih berada dalam kontrak. Kerana kalau mereka memecat saya, mereka harus membayar semua sekali gus.
"Untuk mereka, mereka merehatkan saya dan saya masih di sini sehingga habis kontrak," katanya lagi.
Fabio Maciel
Umur : 41 tahun
Asal : Minas Gerais, Brazil
Dilantik : 11 Oktober 2016
Pencapaian bersama Kuala Lumpur
2018
Liga Super: Ke-10
Piala FA : Suku Akhir
2017
Liga Perdana: Juara
Piala Malaysia: Peringkat kumpulan
Piala FA: Pusingan kedua