BARCELONA 2 LEVANTE 1
Ansu Fati berkata dirinya masih tidak percaya sama ada musim pertamanya bersama Barcelona adalah 'benar atau tidak' selepas menjaringkan dua gol ketika mengatasi Levante 2-1.
Fati muncul pada pembukaan musim dan menyerlah ketika beraksi bersama juara LaLiga, Barca, walaupun baru sahaja berusia 17 tahun.
Kecederaan antara faktor penurunan prestasinya tahun lalu dan dia mula mendapatkan rentak terbaiknya ketika berdepan Levante.
Fati menjaringkan kedua-dua gol untuk Barca, dengan Lionel Messi melakukan bantuan jaringan bagi setiap jaringan dan berjaya menarik perhatian.
Fati muncul penjaring termuda meledak dua gol dalam saingan LaLiga abad ini.
"Saya masih lagi meragui situasi ini sama ada ia benar atau sebaliknya," kata Fati kepada Movistar.
"Saya telah menyaksikan Messi beraksi sebelum ini dan kini bergandingan bersamanya, ia adalah impian jadi kenyataan.
"Ini seperti mimpi. Saya sentiasa mengimpikan saat ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih kerana memberikan peluang kepada saya."
Setelah melalui tempoh yang agak rumit, Fati mendedahkan rakan sepasukan sentiasa memberikan galakan kepadanya.
"Mereka sentiasa memberitahu supaya terus memperbaiki permainan dan merebut peluang," katanya.
"Rakan sepasukan memudahkan segalanya untuk saya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana bukan mudah untuk seorang pemain muda hadir ke dalam pasukan dan dilayani dengan baik."
Editor: Ammar Hakim